Friday, February 15, 2013

UMRAH:Ibadah atau Membeli-belah ?


Bismillah wal-Hamdulillah .. syukur pada-Mu ya Allah kerna mengizinkan hamba-hamba-Mu yang hina ini terus bernafas lagi di atas muka bumi-Mu .. 
 
Sempena musim mengerjakan umrah pada bulan ini, dengan rendah hati penulis ingin berkongsikan serba-sedikit entry yang sederhana yang bertajuk UMRAH:IBADAH ATAU MEMBELI-BELAH?

Seseorang individu muslim yang sedar akan kepentingan rukun Islam, pasti mengimpikan ibadah haji sebagai pelengkap ke-Islam-annya … Namun begitu, perjalanan mengerjakan haji amat memerlukan kos yang tidak sedikit dan hanya mereka yang melepasi syarat-syarat wajib haji sahaja boleh mengerjakan ibadah haji. Salah satu diantaranya adalah mereka yang mampu dari sudut ekonomi ... menyebut tentang ekonomi, maka ramailah yang memilih umrah atas faktor perbelanjaan yang murah. Walaubagaimanapun, haji mahupun umrah kedua-duanya tetap ibadah yang hampir serupa dan wang bukanlah faktor penghalang utama untuk kita terus beribadah kepada Allah S.W.T … betulkan?? :) 

Ibadah umrah sering dikatakan sebagai haji kecil. Dikerjakan dalam waktu yang tidak terbatas yakni tidak seperti ibadah haji yang harus dikerjakan pada bulan haji, ibadah umrah ini boleh dilakukan pada bila-bila masa kecuali pada hari Arafah dan hari Tasyrik yang mana hukumnya adalah makruh tahrim ( yakni hampir kepada hukum haram mengerjakannya). 

Seperti ibadah lainnya, umrah juga memiliki kelebihan-kelebihan tertentu iaitu :

1. Orang yang melaksanakan umrah adalah tetamu Allah S.W.T yang dihormati.
2. Setiap ibadah yang kita lakukan semasa umrah ada penghapusan dosa.
3. Umrah membawa ketenangan jiwa dan mengangkat martabat seseorang.
4. Dengan menjalani ibadah umrah bererti membelanjakan harta di jalan Allah S.W.T, InsyaAllah kelak kita akan mendapat ganti yang lebih baik dari Allah S.W.T.
5. Ibadah umrah melatih kesabaran ketika menghadapi kesulitan.
6. Ibadah umrah sebagai bentuk kesyukuran kita kepada Allah S.W.T.
7. Ibadah umrah menambahkan pengetahuan kita dengan menjejaki tempat-tempat bersejarah dimana berlakunya penyebaran Islam dan lokasi turunnya wahyu Allah S.W.T.

Selain mengerjakan umrah, sudah pastinya para jemaah tidak ketinggalan memanfaatkan waktu untuk berbelanja bukan?? Ini kerana Kota Mekah memang memiliki pusat membeli-belah yang mampu memikat siapapun pengunjungnya dengan pelbagai barangan yang mudah untuk didapati dengan harga yang murah-murah.. Maka, bukan rahsia lagi bila kebanyakan jemaah yang melakukan umrah, selesai sahaja umrah pasti kelihatan menjinjing beg-beg besar berisi jajan@ole-ole untuk diberikan kepada sanak-saudara di kampung halaman bila pulang nanti … Al-maklumlah… sebelum melangkah ke airport pasti ada yang memesan itu dan ini .. mulai dari makanan, baju, tasbih, sejadah, karpet, aroma terapi, kurma dan bermacam-macam lagi.

Yang menjadi isu semenjak akhir-akhir ini ialah jemaah hari ini sanggup berhabisan wang berbelanja sementara masih berada lagi di Kota Mekah ..  kerana bagi mereka peluang-peluang sebegini bukannya datang selalu yee dak?.. ya atau tidak, apa yang merisaukan adalah fenomena ini boleh menyebabkan para jemaah ketagihan untuk berbelanja sehingga mengabaikan niat asal mereka datang kesana. Walaupun sudah berkali-kali terbang ke sana namun fikiran sentiasa dipenuhi dengan checklist barang apa untuk diborong... betul tak?? hehe .. bergantunglah atas niat masing-masing.. tepuk dada jangan tanya selera .. tanyalah iman .. tanya diri, apakah niat asal aku datang jauh-jauh sampai ke Kota Mekah ini? adakah untuk bersuka-suka atau beribadah kepada-Nya?... ;)  

Para pembaca yang budiman,bukanlah maksud penulis mengatakan berbelanja ketika umrah itu tidak dibenarkan.. sama sekali  tidak ..akan tetapi  hal tersebut hanya dikhuatiri akan memudharatkan niat ibadah umrah itu sendiri. Sesungguhnya ber-shopping ketika umrah itu tidak menjadi kesalahan selagi kita masih dapat mengekalkan niat asal kita  yakni untuk beribadah !

Jom terapkan tips yang sederhana ini, Insya Allah umrah anda tidak berubah nilainya  =) ....


  • Niat
Sucikan niat kita untuk menjalani ibadah umrah semata-mata kerana Allah SWT. Dengan niat yang kuat InsyaAllah nilai ibadah kita tidak akan berkurang.

  • Hayati 
Hayati dan jalani umrah dengan bersungguh-sungguh sehingga kita merasa dekat dengan Allah SWT. Dengan begitu kita tidak akan tergoda untuk mengutamakan nafsu dunia ( Berseronok dalam berbelanja ) . 

  • Bersyukur
Selalulah tanamkan rasa syukur dan merendah diri atas semua kebaikan yang Allah S.W.T kurniakan kepada kita termasuklah nikmat dapat menjalani ibadah umrah. Hal ini kerana tidak semua orang berpeluang melaksanakannya… Dengan merendah diri di atas segala nikmat-Nya, kita akan lebih bersyukur dan tidak bermewah-mewahan dalam berbelanja.
 
Khulasatul-Qaul, InsyaAllah dengan niat yang lurus, ikhlas dan tidak lain kerana Allah S.W.T, mudah-mudahan umrah yang kita lakukan dapat meningkatkan kualiti keimanan kita. Aamiin ..

Kenali Diri Insafi Diri ~ =)


Sunday, February 3, 2013

Ujian itu tarbiyah, Sabar itu indah !






Andai ujian menimpamu ... mohonlah pertolongan dari-Nya ... sesungguhnya setiap ujian itu datang dari Allah  ... DIA menguji kita bukan kerana murkanya DIA tetapi, kerana kasih dan sayangnya Allah kepada hamba-hambaNya .. berbahagialah orang-orang yang diuji kerana syurga itu tersedia buat hamba-hamba-NYA yang susah dan berjaya melepasi setiap ujian yang diberi .... pertolongan Allah mungkin tidak datang terlalu CEPAT ...tidak juga terlalu LAMBAT ... tetapi pertolongan Allah selalu datang pada saat yang TEPAT.



Maka, bersabarlah ....

Jom amalkan doa ini bersama-sama ... semoga Allah tanamkan sifat sabar dalam diri kita .. InsyaAllah !


رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَتَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ

Maksudnya : "Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)"

(Al-A'raf : 126)