Sunday, December 30, 2012

Ahlan wa Sahlan 2013 !


Bismillah...
Assalamualaikum dan salam sejahtera…. Apa khabar semua? Moga dalam keadaan sihat rohani, jasmani,iman dan amal. Sedar tak sedar kita sudah pun berada di penghujung tahun 2012. Begitu cepat masa berlalu, seiring dengan usia kita yang semakin meningkat. Bagaimana persediaan dan rancangan kita pada tahun baru? Moga-moga sudah ada azam dan rancangan untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya. 
Lama sudah blog Zydney bersawang tanpa sebarang update atas kekangan masa dan kesibukkan yang tidak dapat dielakkan. InsyaAllah, mulai tahun depan seperti biasa Zydney akan cuba memantapkan lagi informasi dan pengisian blog dengan tazkirah, peringatan, nasihat dan   perkongsian gambar-gambar sepanjang akiviti dilaksanakan.
Sebenarnya, baru-baru ini barisan kepimpinan Zydney telahpun mengadakan perbincangan tentang aktiviti terbaru bagi tahun 2013 antaranya penubuhan sebuah taska yang dijangka akan siap pada pertengahan tahun depan. InsyaAllah taska ini bakal melahirkan generasi celik al-Quran diperingkat cilik. Disamping pelaksanaan program di sekolah-sekolah dan masjid, zydney juga seperti biasanya akan mengadakan kembara amal ke Bandung, Kemboja dan lain-lain Negara jiran... Semoga Allah membuka jalan serta mempermudahkan urusan-urusan  di masa akan datang. Mohon doa teman-teman seperjuangan semua… =)

Sebelum membuka tirai tahun baru, marilah sama-sama muhasabah diri kita.. Berapa banyakkah amalan yang telah kita lakukan selama ini? Adakah Allah terima? Bagaimana dengan persediaan untuk mati? Apa jasa kita untuk Islam selama kita hidup? Berapa banyak masa yang kita buang selama ini? Berapa banyak ilmu yang kita teguk selama ini? Fikir-fikirkan…
Akhir kata, selamat menyambut tahun baru masihi 2013… sebagai seorang muslim sambutlah ianya dengan cara Islam. Jangan lupa tanamkan niat dan azam baru untuk menambahkan iman didada dan menjadi hamba-Nya yang soleh serta taat perintah-Nya… Aamiin.InsyaAllah!