Saturday, April 20, 2013

Hadith:Allah Menutup Aib Orang Yang Menutup Aib Saudaranya


1. “Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya.” (HR. Muslim, Abu Daud dan at-Tirmidzi)

2. “Siapa yang membela harga diri saudaranya yang muslim, nescaya Allah swt menjaga wajahnya dari neraka pada hari kiamat” (HR. at-Tirmidzi)

3. “Sesiapa yang menutup aib saudara muslimnya maka Allah akan menutup aibnya di akhirat” (HR. at-Tirmidzi dan disahihkan oleh Al-Albani)

4. “Seorang muslim itu ibarat cermin kepada yang lainnya, bila dia melihat sebarang kekotoran maka segera dia menyapunya” (HR. at-Tirmidzi dan Abu Daud)

5. “Sesiapa yang melakukan dosa sedemikian (syirik, mencuri dan zina) dan dihukum keranannya, maka hukuman itu adalah kifarah baginya. Dan sesiapa yang melakukan dosa sedemikian lalu Allah menutupinya, maka terpulang kepada Allah sama ada untuk mengampunkannya atau mengazabnya.” (HR. al-Bukhari)

6. “Wahai Rasulullah, apa sebenarnya Ghibah itu?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Iaitu berkata sesuatu tentang saudaramu yang dia tidak suka”, ditanya lagi “Bagaimana kalau ianya benar?” Rasulullah s.a.w. menjawab “Sekiranya apa yang kau katakan itu benar engkau telah melakukan ghibah dan sekiranya tidak engkau telah melakukan fitnah”

7. Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA, ia berkata, “Ada seorang lelaki yang minum minuman keras (khamr) dibawa di hadapan Nabi s.a.w., maka Baginda bersabda: “Kalian pukullah dia”. Abu Hurairah berkata, “Di antara kami ada yang memukul dengan tangannya, ada yang memukul dengan sandalnya, dan ada yang memukul dengan pakaiannya”. Ketika orang itu akan kembali, sebahagian orang berkata kepadanya. “Mudah-mudahan Allah menghinakanmu”. Rasulullah bersabda: “Janganlah kamu berkata yang demikian itu, jangan kamu membantu perbuatan syaitan (syaitan sangat suka jika Allah menghinakan hambanya kerana memang itu pekerjaan syaitan)”. (HR. al-Bukhari)

8. “Wahai golongan yang beriman dengan lisannya, tetapi tidak beriman dengan hatinya. Janganlah kamu mengumpat kaum Muslimin dan janganlah mengintip keaiban mereka, maka barang siapa yang mengintip keaiban saudaranya, nescaya Allah akan mengintip keaibannya dan siapa yang diintip Allah akan keaibannya maka Allah akan membuka keaibannya walaupun dirahsiakan di lubang kenderaannya.” (HR. at-Tirmidzi)

9. “Seorang Muslim itu saudara bagi Muslim yang lain. Dia tidak menganiayanya dan tidak pula membiarkan dia teraniaya. Siapa yang menolong keperluan saudaranya maka Allah akan menolong keperluannya pula. Siapa yang menghilangkan kesusahan seorang Muslim, Allah akan menghilangkan kesusahannya di hari kiamat. Dan siapa yang menutup keaiban seorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup keaibannya di hari akhirat.” (HR. al-Bukhari)

10. “Setiap orang mempunyai keaiban dan tidak ada seorang pun yang terlepas dari melakukan kesalahan. Rasulullah SAW bersabda, “Setiap daripada kamu adalah orang yang berbuat salah, dan sebaik-baik orang yang berbuat salah adalah orang yang bertaubat.”( HR Ahmad).

Saturday, March 9, 2013

Contohi Cara Tidur Rasulullah ..


Bismillah...


Tidur dianggap sebagai ibadat seorang hamba kepada Penciptanya, sekiranya seseorang itu tidur mengikut sunnah Rasulullah SAW.

Mungkin dikalangan anda yang masih belum tahu tertanya-tanya bagaimanakah cara Rasulullah tidur semasa hayat baginda? adakah cara tidur kita sudah menepati cara tidur Baginda SAW? Bagaimana caranya ? Maka bagi memperjelaskan persoalan para pembaca yang budiman, eloklah sekiranya kita merujuk kepada kitab Syamail Muhammad SAW yang mana diantara isi kandungannya mengemukakan gambaran tidur Rasulullah SAW serta adab-adabnya...

Maka, antara hadis yang menerangkan adab tidur Nabi SAW adalah sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim bermaksud: 

“Jika kamu akan tidur maka berwuduklah bagaikan kamu akan sembahyang, kemudian berbaring atas pinggang kanan dan bacalah doa ini (seperti doa yang dijelaskan selepas ini) dan jadikanlah bacaan doa itu yang terakhir daripada bacaanmu (perkataanmu).”

Dalam sebuah hadis diterangkan: Al-Barra’ bin Azib berkata: 

“Adalah Rasulullah SAW jika akan tidur, mengiring ke sebelah kanan kemudian Baginda membaca: Maksudnya: “Ya Allah aku serahkan diriku kepada-Mu dan menghadapkan mukaku kepada-Mu dan menyerahkan semua urusanku kepada-Mu dan menyandarkan belakangku kepada-Mu kerana mengharap dan takut kepada-Mu, tiada perlindungan dan tiada tempat selamat daripada seksa-Mu kecuali kembali kepada-Mu. Aku beriman kepada kitab yang Engkau turunkan dan Nabi yang telah Engkau utus.” – (Hadis riwayat Bukhari).

Dalam riwayat yang berasingan yang turut diriwayatkan oleh Al-Bara’ bin ‘Azib, beliau berkata: 

“Sesungguhnya Nabi SAW apabila berbaring di tempat tidurnya, Baginda akan meletakkan telapak tangannya yang kanan di bawah pipinya yang kanan, lalu berdoa: “Rabbi qinii ‘adzaabaka yawma tab’atsu ‘ibaadaka (Ya Tu hanku, peliharalah aku dari azab-Mu pada hari Kau bangkitkan seluruh hamba-Mu).” – (HR. At-Tirmidzi).

Hudzaifah pula meriwayatkan:

 “Apabila Rasulullah SAW berbaring di tempat tidurnya, maka Baginda berdoa: “Allahumma bismika amuutu wa ahyaa (Ya Allah, dengan Asma-Mu aku mati dan aku hidup).” Dan jika bangun dari tidurnya beliau berdoa: “Alhamdu lillaahill adzii ahyaanaa ba’da maa amaatanaa wa ilayhin-nu syuur (Segala puji bagi Allah, yang telah menghidup kan aku kembali setelah mematikan aku, dan kepada- Nya tempat kembali).” (HR. At-Tirmidzi).

Menurut Ummul Mukminin Aisya, yang berkata: 

“Apabila Rasulullah SAW berbaring di tempat tidurnya, Baginda akan menghimpunkan kedua-dua telapak tangannya, lalu meniup kedua-duanya dan dibaca pada kedua-duanya surat Al-Ikhlash, Al-Falaq, dan An-Naas. Kemudian disapunya seluruh badan yang dapat disapunya dengan kedua-dua tangannya. Baginda memulakan dari kepalanya, mukanya dan bahagian depan badannya. Beliau melakukannya sebanyak tiga kali.” – (HR. At- Tirmidzi , lihat Kitab Sya mail Muhammad cetakan Telaga Biru, halaman 167-168).

Walaupun kita digalakkan mendahulukan posisi tidur di atas sisi sebelah kanan (rusuk kanan) dan berbantal dengan tangan kanan, namun tidaklah menjadi masalah apabila berubah posisinya ke sebelah sisi kiri. Perkara ini berdasarkan sabda Rasulullah:

 “Berbaringlah di atas rusuk sebelah kananmu.” – (HR. Al-Bukhari dan Muslim).

Arahan Nabi dalam hadis ini bukanlah merujuk kepada suatu yang wajib kerana dalam kesempatan yang lain Rasulullah SAW juga pernah mengubah kedudukan tidur Baginda. Dalam hadis yang sahih ini, Rasulullah sudah melakukan tidur secara terlentang dengan cara meletakkan satu kaki di atas yang lain sebagai mana maksud hadis: 

“Daripada ‘Abbad bin Tamim, daripada bapa saudaranya, bahawasanya Rasulullah SAW tidur terlentang di masjid sambil meletakkan satu kaki di atas yang lain.” – (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).

Berkaitan dengan tidur telungkup pula ada sebuah hadis yang merujuk kepada tegahan Nabi SAW. Hadis ini bermaksud : 

“Tidak dibenarkan telungkup dengan posisi perut sebagai tumpuannya sama ada ketika tidur malam atau pun tidur siang. “Sesungguhnya (posisi tidur telungkup) seperti itu adalah posisi tidur yang dimurkai Allah Azza Wa Jalla.” (HR. Abu Daud dengan sanad yang sahih).

Sebagai tambahan, satu huraian lanjut yang bermanfaat untuk diketahui oleh setiap Muslim, ada beberapa lagi adab yang dituntut amalannya sebelum tidur agar tidur itu menjadi ibadat di sisi Allah SWT. Hal ni disebabkan tidur adalah aktiviti harian yang tidak khusus kepada anak-anak. 

Menurut Ab Aziz bin Fathi as-Sayyid Nada dalam Kitab Ensiklopedia Adab Islam, antara adab tidur yang menjadi amalan Nabi SAW dan salafussoleh ialah:

1-Mengikhlaskan niat supaya tidur itu untuk memberi kekuatan untuk beramal selepas bangkit kelak.

2-Tidak tidur di tempat terbuka yang mudah dilihat manusia.

3-Elakkan tidur sewaktu kekenyangan.

4-Tidur dalam keadaan suci.( berwudhuk, bersih dan suci pakaian dan tempat tidur )

5-Tidur dalam keadaan berwuduk.

6-Membaca surah dan ayat yang menjadi amalan Nabi SAW sebelum tidur.

7-Bercelak dengan celak. Ini berdasarkan hadis yang yang bermaksud: 

"Hendaklah kamu tidur dengan bercelak kerana ia dapat mencerahkan pandangan dan melebatkan bulu mata." – (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah dan al- Hakim).

8-Mengerjakan solat sunat seperti witir sebelum tidur. Ini adalah berpandukan ke pada hadis riwayat Ahmad yang bermaksud: 

“Orang yang tidak tidur sehingga dia mengerjakan solat witir adalah orang yang bertekad kuat.

9-Mengibas tempat pembaringan dengan hujung kain dan mengucapkan Bismillah seperti riwayat al-Tir mizi.

10-Bersiwak atau bersugi ketika bangun pada malam hari seperti yang diriwayatkan dari Ibn Adiy.

Sebagai kesimpulannya ada beberapa amalan yang wajar dilakukan bagi menjadikan tidur kita sebagai sumber kerehatan dan sebab mendapat reda-Nya. Manakala posisi tidur yang digalakkan berpandukan kepada hadis adalah di atas dada bahagian kanan. Kemudian perubahan yang berlaku dalam posisi selepas itu tidaklah menjadi masalah selagi tidak berkeadaan telungkup. Wallahu a’lam.

Friday, February 15, 2013

UMRAH:Ibadah atau Membeli-belah ?


Bismillah wal-Hamdulillah .. syukur pada-Mu ya Allah kerna mengizinkan hamba-hamba-Mu yang hina ini terus bernafas lagi di atas muka bumi-Mu .. 
 
Sempena musim mengerjakan umrah pada bulan ini, dengan rendah hati penulis ingin berkongsikan serba-sedikit entry yang sederhana yang bertajuk UMRAH:IBADAH ATAU MEMBELI-BELAH?

Seseorang individu muslim yang sedar akan kepentingan rukun Islam, pasti mengimpikan ibadah haji sebagai pelengkap ke-Islam-annya … Namun begitu, perjalanan mengerjakan haji amat memerlukan kos yang tidak sedikit dan hanya mereka yang melepasi syarat-syarat wajib haji sahaja boleh mengerjakan ibadah haji. Salah satu diantaranya adalah mereka yang mampu dari sudut ekonomi ... menyebut tentang ekonomi, maka ramailah yang memilih umrah atas faktor perbelanjaan yang murah. Walaubagaimanapun, haji mahupun umrah kedua-duanya tetap ibadah yang hampir serupa dan wang bukanlah faktor penghalang utama untuk kita terus beribadah kepada Allah S.W.T … betulkan?? :) 

Ibadah umrah sering dikatakan sebagai haji kecil. Dikerjakan dalam waktu yang tidak terbatas yakni tidak seperti ibadah haji yang harus dikerjakan pada bulan haji, ibadah umrah ini boleh dilakukan pada bila-bila masa kecuali pada hari Arafah dan hari Tasyrik yang mana hukumnya adalah makruh tahrim ( yakni hampir kepada hukum haram mengerjakannya). 

Seperti ibadah lainnya, umrah juga memiliki kelebihan-kelebihan tertentu iaitu :

1. Orang yang melaksanakan umrah adalah tetamu Allah S.W.T yang dihormati.
2. Setiap ibadah yang kita lakukan semasa umrah ada penghapusan dosa.
3. Umrah membawa ketenangan jiwa dan mengangkat martabat seseorang.
4. Dengan menjalani ibadah umrah bererti membelanjakan harta di jalan Allah S.W.T, InsyaAllah kelak kita akan mendapat ganti yang lebih baik dari Allah S.W.T.
5. Ibadah umrah melatih kesabaran ketika menghadapi kesulitan.
6. Ibadah umrah sebagai bentuk kesyukuran kita kepada Allah S.W.T.
7. Ibadah umrah menambahkan pengetahuan kita dengan menjejaki tempat-tempat bersejarah dimana berlakunya penyebaran Islam dan lokasi turunnya wahyu Allah S.W.T.

Selain mengerjakan umrah, sudah pastinya para jemaah tidak ketinggalan memanfaatkan waktu untuk berbelanja bukan?? Ini kerana Kota Mekah memang memiliki pusat membeli-belah yang mampu memikat siapapun pengunjungnya dengan pelbagai barangan yang mudah untuk didapati dengan harga yang murah-murah.. Maka, bukan rahsia lagi bila kebanyakan jemaah yang melakukan umrah, selesai sahaja umrah pasti kelihatan menjinjing beg-beg besar berisi jajan@ole-ole untuk diberikan kepada sanak-saudara di kampung halaman bila pulang nanti … Al-maklumlah… sebelum melangkah ke airport pasti ada yang memesan itu dan ini .. mulai dari makanan, baju, tasbih, sejadah, karpet, aroma terapi, kurma dan bermacam-macam lagi.

Yang menjadi isu semenjak akhir-akhir ini ialah jemaah hari ini sanggup berhabisan wang berbelanja sementara masih berada lagi di Kota Mekah ..  kerana bagi mereka peluang-peluang sebegini bukannya datang selalu yee dak?.. ya atau tidak, apa yang merisaukan adalah fenomena ini boleh menyebabkan para jemaah ketagihan untuk berbelanja sehingga mengabaikan niat asal mereka datang kesana. Walaupun sudah berkali-kali terbang ke sana namun fikiran sentiasa dipenuhi dengan checklist barang apa untuk diborong... betul tak?? hehe .. bergantunglah atas niat masing-masing.. tepuk dada jangan tanya selera .. tanyalah iman .. tanya diri, apakah niat asal aku datang jauh-jauh sampai ke Kota Mekah ini? adakah untuk bersuka-suka atau beribadah kepada-Nya?... ;)  

Para pembaca yang budiman,bukanlah maksud penulis mengatakan berbelanja ketika umrah itu tidak dibenarkan.. sama sekali  tidak ..akan tetapi  hal tersebut hanya dikhuatiri akan memudharatkan niat ibadah umrah itu sendiri. Sesungguhnya ber-shopping ketika umrah itu tidak menjadi kesalahan selagi kita masih dapat mengekalkan niat asal kita  yakni untuk beribadah !

Jom terapkan tips yang sederhana ini, Insya Allah umrah anda tidak berubah nilainya  =) ....


  • Niat
Sucikan niat kita untuk menjalani ibadah umrah semata-mata kerana Allah SWT. Dengan niat yang kuat InsyaAllah nilai ibadah kita tidak akan berkurang.

  • Hayati 
Hayati dan jalani umrah dengan bersungguh-sungguh sehingga kita merasa dekat dengan Allah SWT. Dengan begitu kita tidak akan tergoda untuk mengutamakan nafsu dunia ( Berseronok dalam berbelanja ) . 

  • Bersyukur
Selalulah tanamkan rasa syukur dan merendah diri atas semua kebaikan yang Allah S.W.T kurniakan kepada kita termasuklah nikmat dapat menjalani ibadah umrah. Hal ini kerana tidak semua orang berpeluang melaksanakannya… Dengan merendah diri di atas segala nikmat-Nya, kita akan lebih bersyukur dan tidak bermewah-mewahan dalam berbelanja.
 
Khulasatul-Qaul, InsyaAllah dengan niat yang lurus, ikhlas dan tidak lain kerana Allah S.W.T, mudah-mudahan umrah yang kita lakukan dapat meningkatkan kualiti keimanan kita. Aamiin ..

Kenali Diri Insafi Diri ~ =)


Sunday, February 3, 2013

Ujian itu tarbiyah, Sabar itu indah !






Andai ujian menimpamu ... mohonlah pertolongan dari-Nya ... sesungguhnya setiap ujian itu datang dari Allah  ... DIA menguji kita bukan kerana murkanya DIA tetapi, kerana kasih dan sayangnya Allah kepada hamba-hambaNya .. berbahagialah orang-orang yang diuji kerana syurga itu tersedia buat hamba-hamba-NYA yang susah dan berjaya melepasi setiap ujian yang diberi .... pertolongan Allah mungkin tidak datang terlalu CEPAT ...tidak juga terlalu LAMBAT ... tetapi pertolongan Allah selalu datang pada saat yang TEPAT.



Maka, bersabarlah ....

Jom amalkan doa ini bersama-sama ... semoga Allah tanamkan sifat sabar dalam diri kita .. InsyaAllah !


رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَتَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ

Maksudnya : "Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)"

(Al-A'raf : 126)





Friday, January 4, 2013

Rahsia Disebalik Wudhu'


Sama-samalah mengamalkan doa-doa dibawah ini;

  1.. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
v  "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2.. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
v  "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak. Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

  3.. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
v  "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

  4.. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
v  "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

  5.. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
v  "Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Mahsyar dengan Arasy Mu".

  6.. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
v  "Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

  7.. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan,
v  "Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

 8.. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
v  "Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"

Thursday, January 3, 2013

Nilai Ilmu Dalam Kehidupan ~



Bismillah...

Siapa lebih mulia?? ...orang miskin yang kaya ilmu atau orang berilmu yang kaya harta? ....kedua-duanya mulia bukan?=) .. Ingat!Ilmu tak membezakan kaya atau miskinnya seseorang selagi mereka memanfaatkan ilmu sebaik-baiknya dalam kehidupan~ ..Hidup gelap tanpa panduan ilmu sepertimana hidup tanpa suluhan al-Quran.. Sesungguhnya terlalu banyak mukjizat ilmu terkandung didalam al-Quran antaranya ilmu botani,agronomi,zoology,biology,psikology dan byk lagi~.. Fikirkan! kenapa orang miskin yang memiliki ilmu lebih mulia daripada orang tak berilmu yang kaya harta ?.....Sesungguhnya orang yang memiliki ilmu, ilmunya akan bertambah dan bertambah... akan tetapi orang kaya yang sentiasa lalai dengan hartanya  maka harta tersebut lambat laun akan habis dan kemungkinan dia akan jatuh miskin. Naudzubillahi min dzalik.Renung-renungkan~ .. Selamat beramal~
p/s:jangan malas untuk menuntut ilmu.
                                   kenali diri insafi diri~ (~^_^*)