Bismillah
wal-Hamdulillah .. syukur pada-Mu ya Allah kerna mengizinkan hamba-hamba-Mu yang hina ini terus
bernafas lagi di atas muka bumi-Mu ..
Sempena
musim mengerjakan umrah pada bulan ini, dengan rendah hati penulis ingin
berkongsikan serba-sedikit entry
yang sederhana yang bertajuk UMRAH:IBADAH ATAU MEMBELI-BELAH?
Seseorang
individu muslim yang
sedar akan kepentingan rukun Islam, pasti mengimpikan ibadah haji
sebagai pelengkap ke-Islam-annya … Namun begitu, perjalanan
mengerjakan haji amat memerlukan kos yang tidak sedikit dan hanya
mereka yang melepasi syarat-syarat wajib haji sahaja boleh
mengerjakan ibadah haji. Salah satu diantaranya adalah mereka yang
mampu dari sudut ekonomi ... menyebut tentang ekonomi, maka ramailah
yang memilih umrah atas faktor perbelanjaan yang murah.
Walaubagaimanapun, haji mahupun umrah kedua-duanya tetap ibadah yang
hampir serupa dan wang bukanlah faktor penghalang utama untuk kita
terus beribadah kepada Allah S.W.T … betulkan?? :)
Ibadah umrah sering dikatakan sebagai haji kecil. Dikerjakan dalam waktu yang tidak terbatas yakni tidak seperti ibadah haji yang harus dikerjakan pada bulan haji, ibadah umrah ini boleh dilakukan pada bila-bila masa kecuali pada hari Arafah dan hari Tasyrik yang mana hukumnya adalah makruh tahrim ( yakni hampir kepada hukum haram mengerjakannya).
Seperti ibadah lainnya, umrah juga memiliki kelebihan-kelebihan tertentu iaitu :
1. Orang yang melaksanakan umrah adalah tetamu Allah S.W.T yang dihormati.

2.
Setiap ibadah yang kita lakukan semasa umrah ada penghapusan dosa.
3.
Umrah membawa ketenangan jiwa dan mengangkat martabat seseorang.
4.
Dengan menjalani ibadah umrah bererti membelanjakan harta di jalan
Allah S.W.T, InsyaAllah kelak kita akan mendapat ganti yang lebih baik
dari Allah S.W.T.
5.
Ibadah umrah melatih kesabaran ketika menghadapi kesulitan.
6.
Ibadah umrah sebagai bentuk kesyukuran kita kepada Allah S.W.T.
7.
Ibadah umrah menambahkan pengetahuan kita dengan menjejaki
tempat-tempat bersejarah dimana berlakunya penyebaran Islam dan
lokasi turunnya wahyu Allah S.W.T.
Selain
mengerjakan umrah, sudah pastinya para jemaah tidak ketinggalan
memanfaatkan waktu untuk berbelanja bukan?? Ini kerana Kota
Mekah memang
memiliki pusat membeli-belah yang mampu memikat siapapun
pengunjungnya dengan pelbagai barangan yang mudah untuk didapati
dengan harga yang murah-murah.. Maka, bukan rahsia lagi bila kebanyakan
jemaah yang melakukan umrah, selesai sahaja umrah pasti kelihatan
menjinjing beg-beg besar berisi jajan@ole-ole untuk diberikan kepada
sanak-saudara di kampung halaman bila pulang nanti … Al-maklumlah…
sebelum melangkah ke airport
pasti ada yang memesan itu dan ini .. mulai
dari makanan, baju, tasbih, sejadah, karpet, aroma terapi, kurma dan
bermacam-macam lagi.
Yang menjadi isu semenjak akhir-akhir ini ialah jemaah hari ini sanggup berhabisan wang berbelanja sementara masih berada lagi di Kota Mekah .. kerana bagi
mereka peluang-peluang sebegini bukannya datang selalu yee dak?.. ya atau tidak, apa
yang merisaukan adalah fenomena ini boleh
menyebabkan para jemaah ketagihan untuk berbelanja sehingga mengabaikan niat
asal mereka datang kesana. Walaupun sudah berkali-kali terbang ke sana namun
fikiran sentiasa dipenuhi dengan checklist
barang apa untuk diborong...
betul tak?? hehe .. bergantunglah atas niat masing-masing.. tepuk
dada jangan tanya selera .. tanyalah iman .. tanya diri, apakah niat asal aku datang jauh-jauh sampai ke Kota Mekah ini? adakah untuk bersuka-suka atau beribadah kepada-Nya?... ;)
Para pembaca yang budiman,bukanlah maksud penulis mengatakan berbelanja ketika umrah itu tidak dibenarkan.. sama sekali tidak ..akan tetapi hal tersebut hanya dikhuatiri akan memudharatkan niat ibadah umrah itu sendiri. Sesungguhnya ber-shopping ketika umrah itu tidak menjadi kesalahan selagi kita masih dapat mengekalkan niat asal kita yakni untuk beribadah !
Jom terapkan tips yang sederhana ini, Insya Allah umrah anda tidak berubah nilainya =) ....

- Niat
- Hayati
- Bersyukur
Khulasatul-Qaul,
InsyaAllah dengan niat yang lurus, ikhlas dan tidak lain kerana Allah
S.W.T, mudah-mudahan umrah yang kita lakukan dapat meningkatkan
kualiti keimanan kita. Aamiin ..
Kenali Diri Insafi Diri ~ =)
Kenali Diri Insafi Diri ~ =)
No comments:
Post a Comment