Bismillah...
Assalamualaikum dan salam sejahtera…. Apa khabar semua? Moga dalam keadaan sihat rohani, jasmani,iman dan amal. Sedar tak sedar kita sudah pun berada di penghujung tahun 2012. Begitu cepat masa berlalu, seiring dengan usia kita yang semakin meningkat. Bagaimana persediaan dan rancangan kita pada tahun baru? Moga-moga sudah ada azam dan rancangan untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Lama sudah blog Zydney bersawang tanpa sebarang update atas kekangan masa
dan kesibukkan yang tidak dapat dielakkan. InsyaAllah, mulai tahun depan seperti biasa Zydney
akan cuba memantapkan lagi informasi dan pengisian blog dengan tazkirah, peringatan, nasihat dan perkongsian gambar-gambar sepanjang akiviti dilaksanakan.
Sebenarnya, baru-baru ini barisan kepimpinan Zydney telahpun mengadakan perbincangan
tentang aktiviti terbaru bagi tahun 2013 antaranya penubuhan sebuah taska
yang dijangka akan siap pada pertengahan tahun depan. InsyaAllah taska ini
bakal melahirkan generasi celik al-Quran diperingkat cilik. Disamping pelaksanaan program di sekolah-sekolah dan masjid, zydney juga seperti biasanya akan mengadakan kembara amal ke Bandung, Kemboja dan lain-lain Negara jiran... Semoga
Allah membuka jalan serta mempermudahkan urusan-urusan di masa akan datang. Mohon
doa teman-teman seperjuangan semua… =)
Sebelum membuka tirai tahun baru, marilah sama-sama muhasabah diri kita.. Berapa banyakkah amalan yang telah kita lakukan selama ini? Adakah Allah terima? Bagaimana dengan persediaan untuk mati? Apa jasa kita untuk Islam selama kita hidup? Berapa banyak masa yang kita buang selama ini? Berapa banyak ilmu yang kita teguk selama ini? Fikir-fikirkan…

Akhir kata, selamat menyambut tahun baru masihi 2013… sebagai seorang muslim
sambutlah ianya dengan cara Islam. Jangan lupa tanamkan niat dan azam baru
untuk menambahkan iman didada dan menjadi hamba-Nya yang soleh serta taat
perintah-Nya… Aamiin.InsyaAllah!
Insya Allah, mudah-mudahan... angka bertambah lagi dari 2012 ke 2013.. perjalanan kita masih jauh.. dakwah tanpa henti sahabat...
ReplyDelete